
Anak aset penting kepada sebuah keluarga, masyarakat, negara, dan paling penting untuk ummah Nabi Muhammad SAW. Anak ditatang bagai minyak yang penuh, dibelai penuh kasih sayang, dan dididik dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi. Kesemuanya perkara diungkap ini menjadi telahan umum. Namun ada ramai kalangan kita kurang peka kepada kepentingan merancang kewangan anak-anak. Berbanding bangsa lain seperti bangsa Cina, aspek perancangan kewangan untuk setiap anak yang dilahirkan menjadi elemen wajib dalam pengurusan kewangan keluarga. Bagaimana pula orang kita, adakah bertindak sebegitu rupa?. Jawapannya ada pada pengalaman hidup kita. Ibu bapa kita terlepas pandang perkara ini. Namun tiada salah mereka dan kita (semestinya terlalu muda untuk memahami perancangan kewangan) kerana tiada pendedahan info mengenai perancangan kewangan untuk anak-anak. Sayugia beruntunglah kita generasi ibu bapa dan bakal ibu bapa memperolehi pendedahan mengenai pengurusan perancangan kewangan melaui media massa, cetak dan elektronik.
Langkah pro aktif perlu diambil seperti meneliti dana-dana pendidikan dalam skim takaful. Perbandingan harus dilaksanakan. Pilihan di tangan anda. Buat keputusan paling bijak dalam menentukan strategi perancangan kewangan anak anda yang komprehensif. Yang baiknya, apabila terjadi kematian kepada pendeposit (ibu atau bapa) kelak, tabungan anak anda tetap berjalan selama tempoh pelindungan (maksimum sehingga 25 tahun). Sebagai partner Etiqa Takaful, kami bersedia membuat perbandingan untuk membantu ibu bapa dalam membuat pilihan di samping memperkenalkan perkara baik dengan ibu bapa iaitu Pelan Sarjana
No comments:
Post a Comment