Persiapan hadapi kesusahan
Masih ramai yang tidak memahami dan sedar akan kepentingan insurans walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya dan kita tidak tahu bila mushibah akan menimpa diri seperti kata pepatah orang tua, malang tidak berbau. Setiap insurans mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan mereka mengambilnya. Insurans terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu perlindungan semata-semata dan juga perlindungan serta simpanan. Insurans juga berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.
Manakala insurans yang berbentuk perlindungan, ia memberi perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan.
Beliau berkata, bagi insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan saja terjamin dari segi perbelanjaan rawatan, malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad. Contohnya ada Etiqa takaful membayar RM 100 atau RM 200 atau lebih (mengikut kesesuaian jumlah caruman ) bagi satu hari jika peserta tinggal di wad. Bayangkan jika mereka terpaksa duduk seminggu.

No comments:
Post a Comment