Wednesday, July 20, 2011

Pendidikan Yang Sempurna untuk anak-anak



Pendidikan yang sempurna merupakan hadiah paling murni yang seorang ibu atau bapa boleh berikan kepada anak-anaknya. Bukan sahaja ia akan membuka pintu kepada pelbagai peluang pekerjaan serta masa depan yang cerah, pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) boleh meningkat kebijaksanaan dan membuka minda anak anda kepada pelbagai idea baru.

Tetapi tahukah anda – pada hari ini, hanya *3% dari pelajar lepasan menengah yang berjaya ke IPT Awam? Bagaimana dengan nasib baki 97% pelajar tersebut?

Melanjutkan pelajaran ke luar negeri atau di IPT Swasta boleh dijadikan jalan alternatif, tetapi tahukah anda, kos pengajian di IPT Swasta atau di Luar Negara amat tinggi? Setiap tahun, ramai pelajar yang menangis kerana hasrat dan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran di institusi pilihan mereka tidak kesampaian. Bukan itu saja. Ramai ibu bapa lain pula terpaksa meminjam dari pelbagai institusi kewangan yang mengenakan faedah tinggi. Dan yang paling teruk sekali, terdapat sebilangan pelajar IPT yang melacurkan diri mereka, semata-mata untuk mendapatkan wang ringgit bagi menampung kos kehidupan mereka di kampus. Inikah masa depan yang anda inginkan untuk anak-anak anda?

Mengapa ini berlaku? Jawapannya amat mudah – mereka tidak bersedia dari awal untuk menyediakan tabung pendidikan anak mereka! Tahukah anda bahawa Kos Pendidikan IPS Swasta yang berjumlah RM 68,520 hari ini, akan menjadi RM ^165,133 pada 18 tahun akan datang? Di sinilah yang ramai orang tidak sedar, betapa pentingnya untuk memulakan simpanan pendidikan anak-anak dari sekarang!

*Sumber : Education Guide Malaysia Edisi Ke-4

Jumlah selepas kadar inflasi 5% mengikut trend kenaikan kos pendidikan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites