Wednesday, July 20, 2011

Kos Perubatan dan pentingnya Medic Card




Setiap hari terpampang pada dada akhbar ada saje rayuan si ibu atau si bapa yang memerlukan wang derma untuk bagi membayar rawatan. Contohnya di Pusat rawatan Dialisis ramai orang terpaksa membayar wang yang besar bagi mencuci darah sendiri. Peningkatan kos hospital, Kerajaan tidak lagi mampu menampung pembiayaan kos perubatan pasti akan menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai. Cuba lihat rajah di atas kos yang telah dianggarkan perbelanjaan nya.

Insurans kesihatan dapat digolongkan kepada 4 kategori :
  • Perlindungan Penyakit Kritikal

Ia bertujuan membayar sejumlah wang apabila didiagnosis menghidap penyakit kritikal seperti barah, AIDS dan sakit jantung.

  • Program Penghospitalan H&S (hospital dan Surgical)

Ia memberi pampasan tunai ataupun tanpa tunai (cashless) semasa tinggal di hospital

  • Pelan Kemalangan Diri

Ia mengandungi pembayaran bil hospital, klinik ataupun bayaran mingguan kerana tidak dapat bertugas. Syaratnya mesti disebabkan kemalangan sahaja.

  • Penjagaan Jangka Panjang

Biasanya untuk warga tua yang memerlukan rawatan berterusan semasa usia tua.

Bagi saya penumpuan harus diberikan kepada program penghospitalan (H&S) kerana ia lebih cenderung menerima kesan yang besar daripada kenaikan kos perubatan dan rawatan yang meningkat.

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites