Kehidupan hari ini semakin terasa "materialistik" lagi-lagi yang tinggal di kawasan bandar yang segala-galanya memerlukan duit ....$$$$$. Aduh pening!! namun kita tidak boleh menidakkan kepentingan duit itu namun sudah pasti semakin berduit maka semakin tinggi perlindungan yang diperlukan. Contohnya kita sanggup berhabisan untuk melindungi sesuatu yang kita sayangi umpamanya RUMAH, semakin mewah suatu rumah semakin tinggi kawalan yang terpaksa di bayar untuk memastikan keselamatan penghuni. Rumah kini seperti penjara kerana semakin tinggi tembok yang dibina dan kini menjadi kebiasaan dilengkapi CCTV ataupun mengupah pengawal keselamatan
Belum lagi kita bincangkan tentang perlindungan yang diberikan kepada kereta yang terdapat pelbagai benda-benda canggih untuk memastikan keselamatan terhadap kereta tersebut. Sudah pasti kita juga akan memastikan setiap tahun kita akan memperbaharui insurans kereta kita sebagai tanda kita berharap jika terjadi sesuatu kepada kereta maka akan terdapat pampasan yang bersesuaian. Kita menganggap jika kereta kita suatu yang amat bernilai dan kita sanggup melindunginya semaksima mungkin. Jom KLIK SINI :- Banyak benda yang kita lindungi mengambarkan harta ini amat berharga kepada kita namun secara tidak di sedari badan kita sendiri kita tidak lindungi secara sepatutnya.
Sedar ataupun tidak harta-harta yang kita lindungi itu selalunya kita berhutang kerana rasanya hampir tiada orang yang memiliki rumah @ kereta dengan membelinya secara tunai. Oleh yang demikian ada tak terfikir oleh kita sekiranya terjadi sesuatu bencana kepada kita sebagai tuan badan adakah dapat keluarga kita meneruskan kehidupan seperti biasa dengan hutang yang kita tinggalkan. Jadi disinilah salah satu peranan takaful ialah apabila kita menyertai takaful disini ialah sekurang2 nya kita berusaha untuk tidak meninggalkan beban kepada orang yang kita tinggalkan seperti anak isteri. Disini apabila kita sertai takaful sekurang kurangnya dengan manfaat takaful tersebutlah digunakan semula oleh waris kita untuk melangsaikan segala hutang kita. Maka bersedialah sekiranya semakin besar hutang kita maka sepatutnya semakin besarlah perlindungan yang kita perlukan.
Selain daripada sebagai perlindungan kewangan masa depan yang tidak ketentuan, takaful juga sebenarnya berperanan sebagai simpanan untuk hari tua kita. Hari ini kebiasaannya kita akan menyimpan di bank, amanah saham, tabung haji, saham juga KWSP (yang wajib untuk pekerja) dan lain-lain. Namun kiranya terjadi sesuatu yang diluar kawalan seperti dimasukkan ke hospital sudah pastilah simpanan kita terpaksa dikeluarkan untuk pembayaran perubatan dan juga kita semakin mengetahui bayaran perubatan kini semakin bertambah. Dan kiranya pula memerlukan pembedahan untuk penyakit yang dialami maka simpanan yang kita adapun kadang-kadang tidak dapat menampung perbelanjaan tersebut.
Belum lagi sekiranya ditimpa penyakit kirital yang memerlukan kos yang agak tinggi dan selalunya berlaku ketidakmampuan untuk kita bekerja seperti biasa dan akhirnya dibuang kerja sedangkan simpanan kita sepatutnya digunakan untuk keperluan keluarga kini terpaksa digunakan untuk rawatan sakit kritikal. Katakan kita menyimpan sebanyak RM100 sebulan maka untuk jumlah RM24K kita perlu menyimpan selama 20 tahun tanpa mengeluarkannya. Dan kiranya disahkan sakit kritikal maka simpanan 20 tahun itu kita gunakan mungkin sekaligus untuk bayaran perubatan. Renungkanlah nasib anak-anak kita.
Fikirkanlah secara bijak sekiranya kita ada RM100 maka kita masih ada pilihan lain yang bersifat melindungi disamping menyimpan tanpa disedari.
Tuesday, July 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment