Pelan Takaful keluarga bukan setakat melindungi peserta, tetapi ia memastikan kesejahteraan hidup. Ia membolehkan seseorang untuk mendapatkan perlindungan dan kebebesan (minda) pada masa yang sama.
Di dalam kehidupan ini, RISIKO yang berlaku:-
(1) KEMALANGAN:-
Quote: |
Pada 2006, lebih 31,300 orang telah tercedera dalam kemalangan jalanraya sahaja. Ini bermakna seorang tercedera dalam setiap 15 minit samada pemandu, penumpang atau pejalan kaki. |
Kemalangan jalan raya adalah PEMBUNUH NO 1 di Malaysia. Jika kereta yang kita naiki kita dilindungi kenapa tidak kita melindungi diri kita sendiri supaya jika berlaku kemalangan kita masih ada dana untuk menampung kehidupan insan yang tersayang.
Quote: |
69,130 pekerja tercedera semasa sedang bekerja pada 2006 ~ bermakna seramai 189 orang untuk setiap hari dalam setahun sahaja. Kebanyakan pekerja ini mengalami kecederaan yang mengakibatkan mereka terpaksa bercuti lebih dari seminggu |
(2) HILANG UPAYA KEKAL:-
Quote: |
"Anda mungkin merasakan sesuatu yang TIDAK MASUK AKAL menyertai Pelan Takaful Keluarga pada masa ini, tetapi..... saya pasti ianya tidak masuk akal apabaila anda tidak memiliki pelan tersebut ketika menjadi hilang upaya kekal dan menyeluruh.." Fikirkanlah..... |
Kebelakangan ini sering kita dikejutkan dengan berita seseorang didapati lumpuh kekal sedangkan kita kenal dia sebagai insan yang sihat walafiat. Sekiranya kita disahkan hilang upaya kekal sudah pasti kita tidak dapat bekerja dan yang pasti keluarga kita juga terpaksa menguruskan kita dan ini semua memerlukan perbelanjaan yang besar.
(3) PENYAKIT KRITIKAL :-
Quote: |
Sumber : WHO & Ministry of Health 2006 "About 40,000 new cancer cases are reported yearly in Malaysia." Sumber : NSTP 2007/ National Stroke Association of Malaysia (NASAM/2007) "At least 6 Malaysians are hospitalised with stroke every hour" Sumber : NSTP (3/8/1999) "Kanser pembunuh no 2 selepas kemalangan jalanraya. 1 dari 9 wanita akan mendapat kanser payu dara di Malaysia." |
Kita ketahui sekiranya mendapat sakit kritikal, perbelanjaan yang ingin dikeluarkan adalah terlalu tinggi dan mungkin akan menghabiskan semua simpanan yang ada. Disenaraikan beberapa jenis sakit kritikal yang ada dan jumlah perbelanjaannya..
Perbelanjaan perubatan untuk :-
-pintasan jantung = RM20K hingga RM30K
-pembedahan jantung terbuka = RM20K hingga RM60K
-kanser = RM3K hingga RM140K
-radioterapi = RM1,200 setiap rawatan
Bayangkanlah sekiranya ini yang terjadi kepada kita atau keluarga yang tersayang adakah kita bersedia. Mulakan dari sekarang dan dapatkan temujanji dengan wakil takaful yang berdaftar.
(4) TUA :-
Quote: |
Sumber : Utusan Malaysia (9/5/2010) "Mereka berbelanja RM370 sebulan daripada simpanan akhir untuk menyara sehingga berumur 75 tahun. Lebih 60% pesara kehabisan wang simpanan akhir dalam tempoh kurang dari 3 tahun selepas hari persaraan" |
Diusia sebegini mereka bersendirian dan memerlukan sokongan. Oleh yang demikian, ingat tentang dana persaraan yang seharusnya kita ada kerana selepas kita tua nanti tidak banyak usaha yang boleh kita lakukan..
(5) KEMATIAN :-
MATI adalah pasti tetapi tidak tahu bila. Namu setiap "Yang Hidup Pasti Mati" ...
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya hari kiamat sahajalah akan disimpan balasan kamu"
(Surah Al-Imran: 185)
Quote: |
Pernah terfikir mati awal? Tentulah tidak namun terdapat statistik menyatakan yang 1:4 orang tidak sempat menjangkau usia 60 tahun. |
Bagaimana dengan kehidupan orang-orang yang tersayang selepas kita tiada.. Mulakan simpanan dari SEKARANG bukan selepas berlaku sesuatu.
"Menyertai Pelan Takaful Keluarga adalah umpama anda MEMBERI keluarga anda sesuatu sekarang supaya keluarga anda dan anda tidak KEHILANGAN segalanya pada masa hadapan"
INGATLAH ....
"Duit tidak akan dapat menggantikan seorang ayah yang telah tiada (meninggal dunia).. tetapi ianya pasti akan dapat membantu sebuah keluarga yang telah kehilangan seorang ayah"
HIDUP MESTI DITERUSKAN :-
"Menyertai Pelan Takaful Keluarga bukan kerana akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang tersayang diteruskan"
Kesan-kesan terhadap risiko :-
-gangguan emosi >>>>>> (kehilangan orang yang tersayang)
-masalah undang-undang >>>>>(jika ada hutang ditinggalkan)
-masalah kewangan >>>>>>(hilang punca pendapatan)
Untuk renungan :-
" Kanak-kanak yang kehilangan seorang ayah tidak sepatutnya mewarisi ibu yang separuh masa.
Mereka sepatutnya mendapat lebih banyak kasih sayang dalam meneruskan kehidupan."
"Apabila kita meninggal dunia, kebiasaannya keluarga kita akan bermula dari bawah kembali.
Persoalannya.. aras manakah yang anda mahu keluarga anda berada dalam meneruskan kehidupan:-
*diaras yang teratas sekali,
*diaras pertengahan
*diaras yang terbawah sekali"
KASIH SAYANG
Kasih sayang akan memastikan keluarga anda :-
♥ mempunyai ketenangan fikiran kerana dilindungi
♥ melalaui kehidupan yang lebih terjamin
♥ meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa dan tidak menderita
♥ mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung keperluan hidup
Musibah jika kita tidak ambil peduli keperluan memiliki Takaful :-
1) Masalah sosial:-
Anak adalah amanah Allah kepada kita, dan seharusnya kita meletakkan amanah itu ditempat yang betul supaya kita tidak dipersoalkan dihari kemudian..
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang (yang menjadi penjaganya), jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang lemah, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka. Oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah & mengucapkan perkataan yang benar." (Surah Al-Nisa : 9)
2)Tidak memiliki tempat tinggal :-
Sesungguhnya kita harus memikirkan sekiranya sesuatu yang memang tidak munasabah berlaku ke atas kita, memang itu janji ALLAH.. namun dalam kita redha Qada' dan Qadar kita mesti ingat tiada apa yang dapat mengubah nasib keluarga kita melainkan kita sendiri..
"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya)." (Surah Al Baqarah :240)
3) Meminta-minta :-
Inginkah kita melihat generasi kita menjadi insan yang meminta dek lantaran kesilapan kita yanga tidak beringat-ingat memikirkan masa depan mereka.
" Sesungguhnya lebih baik engkau meninggalkan waris-warismu orang yang kaya daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta." (Riwayat Saad bin Abi Waqas)
Ingatlah..............
"Dalam kehidupan setiap insan, pastinya beliau akan ditimpa hujan."
Jadi pastikan anda bersedia, "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"
KASIH SAYANG ADALAH MOTIVASI UTAMA
"Adalah sesuatu yang sukar untuk seseorang menyertai pelan Takaful Keluarga melainkan beliau menyayangi seseorang."
Keluarga anda akan sentiasa mengingati anda sehingga ke akhir hayat. Samada... anda menyertai atau tidak menyertai pelan Takaful ini kerana mereka menyayangi anda. Namun berikanlah mereka hadiah yang terbaik untuk menunjukkan kasih sayang..... Jom hubungi saya.
No comments:
Post a Comment