
10hb.May 2010,Utusan Malaysia:Mengeluarkan satu artikel yang bertajuk "Dibelenggu hutang kerana gagal mengurus" menyatakan bahawa golongan lelaki merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang akibat daripada kegagalan mengurus kewangan. Golongan lelaki dikatakan ramai yang telah berhutang sejak dari zaman bujang dan apabila sudah berkahwin hutang semakin menimbung sehingga gagal dibayar dan terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan kredit (AKPK) Statistik yang dikeluarkan oleh AKPK yang bermula 2007 sehingga Februari 2010, terdapat seramai 25,107 atau 69% daripada 36,547 pelanggan AKPK adalah golongan lelaki. |
Golongan lelaki yang paling ramai ialah yang berumur antara 30 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 44.6%, golongan lelaki berumur melebihi 40 tahun pula 40%, manakala lelaki berumur 20 hingga 30 tahun pula 15.4%.
Apabila dibuat pecahan, maka didapati golongan lelaki yang berkahwin merupakan golongan yang paling ramai menghadapi masalah kewangan iaitu mewakili sebanyak 76.8%.
Statistik AKPK melaporkan masing-masing 25% sebab kegagalan membayar balik pinjaman ialah kerana kegagalan merancang kewangan daripada mula bekerja dan kos perubatan yang tinggi.
Manakala penyumbang ketiga tertinggi kegagalan membayar hutang ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu 17% dan diikuti oleh kegagalan dalam perniagaan dan hilang pekerjaan (12%). Seterusnya diikuti oleh kematian ketua keluarga (2%) dan kegagalan dalam pelaburan (1%).
Ketua pegawai eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan berkata masalah hutang yang membelenggu golongan lelaki adalah sangat membimbangkan kerana mereka merupakan tonggak ekonomi keluarga. Beliau seterusnya berkata 44% golongan lelaki yang mendapat khidmat AKPK adalah golongan yang berpendapatan bawah RM2,000 sebulan.
Walaubagaimanapun ada juga mereka yang berpendapatan RM40,000 sebulan tetapi tetap menghadapi masalah hutang dan terpaksa mendapatkan khidmat AKPK. Ini bererti jumlah pendapatan bukanlah penentu utama masalah kewangan tetapi yang menjadi masalah ialah kegagalan menbgurus kewangan dengan bijak.
Lebih membimbangkan ialah trend gagal membayar hutang banyak melibatkan golongan yang telah berumah tangga dan angkanya telah mmeningkat dari tahun 2008 ke 2009.
Mohamed Akwal berkata "perkara ini berlaku kerana lelaki biasanya sudah berhutang ketika masih bujang dan apabila berumahtangga gagal membayarnya dengan alasan komitmen kewangan yang bertambah".
No comments:
Post a Comment