Pernah anda pada suatu ketika didatangi atau dihubungi oleh seorang wakil takaful lalu mengajak anda dan dengan panjang lebarnya menceritakan kepada anda tentang kebaikan perlindungan takaful kepada anda? Jika ya, apakah tindakan anda?
Lebih ramai masyarakat memandang perlindungan takaful sebagai 'pilihan kedua'.
Apa yang saya maksudkan sebagai 'pilihan kedua' ialah kebanyakan masyarakat kita terutamanya orang Melayu berpendapat bahawa perlindungan takaful itu bukan satu perkara yang wajib mereka ambil. Dengan kata lain mereka tidak merasakan bahawa perlindungan takaful itu merupakan satu keutamaan/priority kepada mereka dan keluarga.
Kalau kita tanya adakah perlindungan itu penting--100% akan mengatakan bahawa perlindungan itu memang penting! Tetapi bila kita tanya bilakah anda mahu menyertai takaful--mereka menjawab "beri saya masa untuk berfikir dahulu...". Oleh itu...berfikirlah selagi anda mempunyai masa untuk berfikir.
Kalaulah semua orang merasakan bahawa perlindungan itu sesuatu yang 'wajib' maka sudah tentu akan tiada lagi wakil-wakil takaful atau agen insuran kerana orang ramai dengan sendirinya berduyung-duyung akan datang ke syarikat takaful atau insuran untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk mereka.
Tetapi sayang sekali, keadaanya bukan begitu. Apa sahaja pilihan anda...itu adalah hak mutlak anda! dan tiada siapa yang boleh memaksa anda. Tugas kami sebagai wakil takaful hanyalah menceritakan tentang kebaikan perlindungan takaful kepada anda, pasangan anda dan anak-anak anda.
Oleh kerana tugas kami hanyalah menceritakan tentang kebaikan takaful, maka di bawah ini diberikan sedikit sebanyak tentang kebaikan takaful kepada anda dan keluarga: -
1. Melindungi Pendapatan Diri/Keluarga
- Dengan menyertai takaful, kita sebenarnya telah melindungi pendapatan kita/keluarga. Pendapatan yang kita kecapi sekarang ini boleh hilang sekelip mata/pada bila-bila masa; misalnya jika kita hilang upaya, maka majikan terpaksa memberhentikan kita, atau kalau kita bekerja sendiri---bila hilang upaya bagaimana kita hendak mencari pendapatan!
- Sekiranya kita merupakan Pencari Nafkah utama kepada keluarga, maka kehilangan pendapatan itu akan memberikan kesan yang sangat hebat kepada keluarga. Melalui skim takaful, kami boleh membuat pengiraan---bagaimanakah cara untuk mengantikan pendapatan yang hilang sekiranya sesuatu musibah buruk terjadi kepada kita.
- Dengan skim yang betul, pendapatan yang hilang itu boleh ‘digantikan’ dan kehidupan diri/keluarga tidak terjejas.
- Contoh:
- Peserta berumur 30 tahun, pendapatan bulanan RM3,000. Menabung 10% daripada pendapatan (RM300 sebulan) dengan Etiqa Takaful - Maka; sekiranya apa-apa terjadi (meninggal/hilang upaya) kepada peserta, beliau/keluarganya akan mendapat ‘pampasan’ sebanyak RM360,000. - Ianya bersamaan dengan120 bulan gaji @ 10 tahun Gaji !
- Hebat kan?---inilah yang dikatakan ‘Melindungi Pendapatan Diri/Keluarga. Sekiranya anda merasakan ada lagi instrumen lain yang lebih baik untuk perlindungan pendapatan keluarga selain konsep perlindungan takaful/insuran, silakan beritahu kami supaya kami boleh belajar daripada anda pula.
- 2. Menyimpan secara tetap
Dana tersebut tidak boleh digunakan sembarangan, kecuali untuk tujuan kecemasan atau keadaan luar jangka sahaja. Ianya umpama pelampung penyelamat di atas kapal---hanya digunakan ketika kecemasan sahaja! Selain melindungi pendapatan, skim ini juga ada elemen simpanan.
Contoh: - - Peserta menabung dengan Etiqa Takaful sebanyak RM300 sebulan, selama 25 tahun -
3. Mencipta Aset Segera
Contoh:
Peserta menyimpan di bank secara tetap sebanyak RM300 sebulan secara tetap dengan kadar keuntungan 4% setahun….. Untuk menjadi RM360,000 ianya memerlukan masa selama 484 bulan @ 40 tahun !
Bandingkan:- peserta menyimpan di Etiqa Takaful dengan jumlah yang sama (RM300 sebulan) juga… Dana sebanyak RM360,000 telah tercipta serta-merta !(walaupun peserta mungkin hanya baru menyumbang pada 2 bulan pertama)
Sungguh HEBAT !!---ini bukan omong kosong---ia adalah KONTRAK/SIJIL yang tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah
***Semua contoh-contoh di atas berdasarkan kepada:
1. Pada tarikh permohonan, peserta berumur 30 tahun
2. Polisi matang pada umur 55tahun
3. Kadar mudharabah sebanyak 5.5% setahun (kadar yang munasabah & biasa dicapai)
4. Dana Kos Perubatan
Kos perubatan semamangnya sangat mahal dan selalunya terus meningkat tahun demi tahun.
- Kadar penyakit kronik telah meningkat tahun demi tahun
- Ramai rakyat Malaysia gemuk (obes)---obesiti menyumbang kepada banyak penyakit
- Ramai pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana kekurangan tempat
- 50,000 kes strok setahun (138 kes sehari !)
Sekiranya kita memerlukan kos perubatan yang besar, apakah pilihan kita:
- Menggunakan simpanan yang ada---itu pun kalau cukup
- Menggunakan Kad Kredit---selepas itu dibebankan dengan hutang
- Meminta sumbangan saudara-mara/masyarakat---kalau dapat
- Menggunakan Kad Perubatan Sendiri---PASTI DAPAT
Jadi, apakah pilihan anda?
Misal kata, kita hilang upaya dan tidak dapat membayar hutang kereta---setelah 3 bulan, pihak bank/finance akan menarik balik kereta tersebut ! Katakan, itulah satu-satunya kereta kita---maka kehilangan kereta tersebut akan memberikan banyak kesusahan kepada dan keluarga.
Tetapi, kalau kita mempunyai perlindungan takaful & apabila kita ditakhdirkan hilang upaya misalnya, wang pampasan tadi boleh digunakan untuk menyelesaikan mana-mana hutang supaya harta-benda kita tadi tidak ditarik oleh pihak pemberi pinjaman dan keluarga kita tetap boleh menggunakannya.
Kita tidak boleh mengharapkan saudara-mara atau orang lain untuk membantu kita atau keluarga kita. Sekiranya anda masih berangapan bahawa akan ada orang yang akan menolong anda dan keluarga--sila senaraikan 3 nama yang anda yakin 100% akan menolong anda dan keluarga sekiranya suatu musibah buruk terjadi.
Atau anda boleh fikir sendiri--carilah--alat kewangan manakah lagi yang dapat memberikan perlindungan yang sebegini hebat selain daripada konsep perlindungan takaful/insuran? Oleh kerana takaful memenuhi kehendak syariah, maka orang Islam boleh memilih takaful.
Kalau dulu, ramai orang Islam tidak mengambil perlindungan Insurans kerana ianya bertentangan dengan syariah, tetapi sekarang pilihan telah ada---syarikat takaful merupakan sistem perlindungan yang dibenarkan oleh syarak dan ianya berkonsepkan saling jamin-menjamin dan tolong menolong sesama ahli.
Etiqa Takaful merupakan anak syarikat Maybank, ia adalah syarikat takaful yang terbesar di Malaysia dan Maybank pula bank yang terbesar di Malaysia. Anda tidak harus ragu-ragu untuk berurusan dengan syarikat ini, kerana hakikat telah membuktikan bahawa kami memamg syarikat takaful nombor satu di Malaysia! Oleh itu, kami juga sangat berbesar hati jika anda juga menjadi sebahagian daripada peserta kami.
Apa yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri, manakala apa yang baik itu datang dari Allah. Saya mohon maaf sekiranya ada kata-kata yang kurang menyenangkan. Apa boleh buat kerana ubat biasanya terasa pahit manakala manis itu pula kadang kala banyak buruknya.
Kami mengucapkan selamat berbahagia di samping keluarga tercinta dan semoga anda semua selalu diberkatiNya.
Wassalam.
Dipetik dari Blog Agensi Zaman
No comments:
Post a Comment