Saturday, October 15, 2011

Etika asas pengantara Insurans atau Takaful

Apabila berurusan dengan pengantara insurans atau takaful, anda boleh mengharapkan mereka memenuhi piawaian perilaku yang tertentu apabila mereka mengendalikan keperluan insurans atau takaful anda. Sebagai contoh, pengantara tersebut hendaklah:
  • Menunjukkan Kad Pendaftaran Ejen kepada anda jika diminta (untuk ejen insurans). Seorang ejen takaful yang telah lulus pendaftarannya oleh Pendaftar Pengantara Takaful mempunyai Kad Kuasa yang mempunyai semua maklumat berkenaan ejen tersebut.
  • Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang diwakili. Di samping itu, broker insurans dan penasihat kewangan juga sepatutnya mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ada dalam pasaran.
  • Berusaha memahami keperluan anda dan membantu anda memilih produk atau perkhidmatan insurans atau takaful.
  • Menerangkan dengan jelas butiran maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan serta betapa pentingnya untuk memaklumkan fakta yang penting.
  • Menerangkan dengan jelas terma dan syarat utama kontrak insurans atau pelan takaful yang dicadangkan untuk membantu anda memahami produk yang anda beli.
  • Menarik perhatian anda tentang sebarang pengecualian atau sekatan di bawah kontrak insurans atau pelan takaful yang dicadangkan.
  • Membuat susulan dan memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada anda, seperti pembaharuan polisi dan memberitahu perkembangan terkini produk baru yang berkaitan.
  • Memberikan bantuan kepada anda jika anda perlu membuat tuntutan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful
.

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites