BAGI tiga juta perokok di Malaysia yang membelanjakan lebih RM5 bilion setahun untuk tabiat itu, golongan ini bukannya tidak ambil peduli dengan kempen demi kempen anti rokok yang dipertontonkan di hadapan mereka.
Daripada menteri, wakil rakyat, artis terkenal, remaja dan pelajar sehinggalah terbaru trend merokok di kalangan wanita yang semakin meluas, tabiat itu seolah-olah hak eksklusif yang sukar diubah oleh pihak lain.
Apa tidaknya, jutaan ringgit dibelanjakan kerajaan untuk memerangi gejala merokok, namun kesannya tidak pernah nampak, malah tidak keterlaluan jika usaha murni itu akhirnya disifatkan umum sebagai pembaziran wang rakyat.
Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, mencari seramai mungkin perokok pelbagai latar belakang untuk mengetahui punca mengapa mereka terjebak dan begitu sukar pula meninggalkan tabiat merokok.
Antara penemuannya ialah pengakuan perokok-perokok termasuk wanita bertudung bahawa merokok hak peribadi mereka selain ia lambang kedewasaan, daya penarik bersosial dan kepercayaan boleh menguruskan badan.
Jika itulah yang tertanam di benak mereka, maka amat mudah memahami mengapa Kempen Tak Nak, Klinik Berhenti Merokok dan langkah menaikkan harga, semuanya menemui kegagalan.

Wang yang digunakan membeli rokok : Contohnya RM 7.80 untuk harga sekotak rokok berjenama dengan 20 batang rokok boleh digunakan untuk tujuan lain.Untuk makan dan jika disimpan sebanyak RM 7.80 sehari = Sebulan dapat menyimpan sekitar RM 240.Boleh digunakan untuk menyimpan dan berlindung di dalam Takaful untuk kesejahteraan anda dan keluarga.
No comments:
Post a Comment