Saturday, October 15, 2011

Hak anda sebagai Pelanggan takaful

Liindungi hak-hak dan kepentingan anda semasa berurusan dengan agen takaful :

1.Hanya berurusan dengan pengantara yang berdaftar/berlesen.

2.Berurusan dengan pengantara yang mempunyai rekod kerja yang terbukti atau yang
dicadangkan oleh rakan-rakan atau ahli keluarga.

3.Berikan maklumat anda secara jujur dan serahkan fakta-fakta penting.

4.Jangan menandatangani borang kosong atau apa-apa yang tidak anda fahami.

5.Jangan terpedaya dengan pujukan untuk meluputkan polisi yang sedia ada untuk membeli polisi insurans hayat baru

6.Pastikan anda memahami produk yang anda beli.

7.Baca manfaat dan syarat-syarat polisi dengan teliti dan bandingkan dengan produk lain.

8.Membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sebarang polisi.

9.Hanya beli produk yang anda perlu dan mampu.

10.Minta bahan-bahan jualan, seperti ilustrasi jualan, risalah produk atau borang carian fakta pengguna (untuk produk hayat sahaja) dan simpan kesemua dokumen ini dengan elok

11.Jika mengalami sebarang keraguan, dapatkan maklumat lebih lanjut daripada pengantara anda atau penjelasan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful anda.

12.Dapatkan resit sebagai bukti pembayaran premium dan simpan resit itu dengan elok.

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites