Saturday, October 15, 2011

Janagan Berhutang kalau tiada benar benar keperluan





RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan
padanya selain daripada naungan Allah" (Hadis riwayat Muslim dan Im
am Ahmad)

Sikap suka berhutang hendaklah dielakkan sebaliknya amalkan sifat qanaah iaitu bersyukur dan reda apa yang ada dengan memastikan keperluan tidak melebihi kemampuan sehingga terikat dengan hutang.

Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimba
ngan yang wajar sama ada sesuatu itu kepentingan mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang yang tidak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecil mana pun dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yan
g berniat tidak mahu membayar hutangnya.

Membebaskan hutang orang yang susah atau mengurangkannya adalah satu perbuatan terpuji dan ganjarannya amat besar di sisi Allah.

Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbua
t demikian semasa hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja. Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak m
embayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan.
Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya ketika masa hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan kebai
kan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada hari kiamat kelak. Tindakan yang boleh dilakukan orang yang memberi hutang hendaklah meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan baik.

Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah menggesanya supaya si peminjam membayar hutang itu. Jika tidak mampu juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan haknya yang boleh dituntut di mahkam
ah, dan pihak yang berhutang hendaklah mematuhi k
eputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meni
nggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.




Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites