Mungkin selama ini anda terlalu boros sehingga langsung tidak mempunyai sebarang simpanan. Baru awal bulan, gaji sudah tinggal beberapa ratus sahaja, jadi mana mungkin anda dapat menyimpan. Namun anda boleh melakukan beberapa tindakan drastik untuk menyimpan. Berikut beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan.
- Hapuskan penggunaan kad kredit.
Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan mengurangkan tabungan secara drastik. Sebahagian besar dari kita tidak berdisiplin ketika menggunakan kad kredit dan membuang ratusan ringgit untuk membayar bunga dan pembiayaan kad kredit setiap tahun. Tanpa anda sedari, anda sebenarnya boleh bercuti dari wang bunga atau faedah yang anda bayar kepada pihak bank yang memberikan kemudahan kredit. Bukan tidak boleh menggunakan kad kredit tetapi cara yang paling efektif ialah dengan menjelaskan hutang setiap bulan. Namun anda harus berdisiplin ketika melunaskan hutang setiap bulan, tepat pada waktunya dan berbelanja melebihi had maksimum. Buatlah suatu perancangan: Tetapkan sasaran berapa yang anda bayar setiap bulan, pastikan anda turut menyimpan wang untuk tabungan dan jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
- Berjimat belanja harian.
Ingin makan enak ala restoren dan murah. Cuba rencanakan menu makan anda sebelum pergi berbelanja setiap minggu. Masaklah sendiri makanan anda. Hadkan makan di restoren.
- Asingkan wang kecil.
Pepatah mengatakan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Anda mungkin sering meletakkan wang syiling di merata tempat tanpa memikirkan bahawa jika wang syiling itu dikumpulkan dalam satu bekas khas maka jumlahnya boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit. Oleh itu jangan pandang sebelah mata wang syiling anda. Tiada wang syiling, tiadalah wang ringgit.
- Cari pendapatan tambahan.
Cari kerja sampingan untuk meningkatkan pendapatan, mungkin ada hobi anda yang ternyata dapat menghasilkan wang. Dengan cara ini anda dapat menambah jumlah tabungan anda.
Tips : Panduan memilih kasut anak.
Bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas kaki tetapi juga membantu pembentukan otot dan tulang kakinya yang masih sangat sensitif. Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan motivasi anak untuk berjalan. Gerak otot-otot tubuh bahagian bawah menjadi tidak terlatih dengan baik. Kesan negatifnya boleh terlihat di belakang hari. Untuk mendapatkan kasut yang ‘ideal’ bagi anak-anak, ibu bapa memegang peranan utama. Sebagai pengguna anda berhak untuk mendapatkan produk yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. Jika tidak salah jika anda terpaksa mencuba banyak kasut asalkan nilai anda berbaloi dengan apa yang anda perolehi. Mungkin bagi sesetengah orang ia agak keterlaluan tetapi ingat, sebagai pengguna, kita berhak untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan nilai untuk setiap wangn kita keluarkan. Berikut beberapa tip yang perlu anda perhatikan sebelum membelikan anak sepasang kasut.
Fesyen.
Pilih kasut yang menutupi tulang mata kaki anak dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari-jari kaki anak anda mudah bergerak dan berkembang dengan baik. Hindari kasut yang berhujung runcing kerana ia membuatkan gerak jemari kaki tersekat. Jangan beri anak anda kasut bertumit tinggi (kanak-kanak perempuan) kerana ia boleh membuatkan kaki anak anda cenderung ke depan. Ini mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki.
Bahan untuk membuat kasut.
Kasut anak sepatutnya diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel, namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat. Hindari kasut yang diperbuat dari bahan keras kerana ianya berisiko akan mengganggu perkembangan tulang kaki. Akibatnya bentuk kaki anak anda tidak berkembang dengan baik. Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat dari bahan plastik kerana menghalang pengewapan. Bahagian dalam kasut cenderung lembap dan kaki anak anda mudah terkena jangkitan kulat.
Ukuran.
Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa. Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu diukur beberapa kali dalam setahun.
Sebaiknya sebelum membeli kasut, cuba dahulu kasut itu dikaki anak anda dalam keadaan anak anda berdiri dan anak anda memakai sarung kaki. Biasanya kaki kiri dan kanan tidak semestinya sama besar. Pilihlah kasut yang sesuai dengan ukuran kaki yang lebih besar.
Bahagian dalam kasut.
Semestinya bahagian dalam kasut dilapisi pengalas yang lembut dan selesa untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau berlari di permukaan yang keras.
Tumit kasut.
Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi, maksimum hanya satu sentimeter. Pastikan juga bahan untuk membuat kasut ini adalah terdiri daripada bahan yang ringan dan empuk, tidak keras, sehingga anak anda mudah melangkahkan kaki dengan nyam